
Adeh, minyak dah kena catu, lepas nih tepung plak, ni semua gara-gara nak naikkan harga punya pasal la. Kasi sorok barang, pastu bila harga naik, trus amik untung dengan jual benda lama pada harga baru. Adeh, dunya dunya… tol pun dah naik, apatah lagik barang-barang lain yg hanya kengkadang jek kita beli. Bukan perasan pun harga dia naik, tapi disebabkan jarang nak ingatkan harga lama, kita main beli jek. Aku rase la kita patot wat alternatif lain bila jadik benda cam gini.
Kurangkan makan benda bergoreng maka takyah la kita beli minyak dah. Wat bakor or stimkan jek lauk2 tuh, tak pun masuk dalam oven…hehe. Pastu hadkan penggunaan minyak kat dapor rumah. goreng untuk tumis perencah jek, kalo tang french fries ke, nugget ke, campak jek dalam mikrowave, takpun beli kuali yg pernah kluar dalam SmartShop suatu masa dulu…hehehe.
Namun ada gak yang terpaksa turun. Macam contoh skandal DVD seks mantan Menteri Kesihatan kita, Dato Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau terpaksa turun dari jawatan yang dipegang samada dalam kabinet, parti, atau bahagian yang pernah dipimpinnya. Skandal DVD seks beliau telah menyebabkan beliau melepaskan kesemua jawatan beliau. Jangan salahkan dia, dia pun manusia macam korang gak, ada nafsu dan perasaan. Cuma dia terpaksa menanggung aib akibat dari kerja salah yang dilakukan oleh orang yg memasang cctv tuh….

Lagi satu yang nampak menarik pasal nak naik nih adalah syarikat automatif utama kita tak lain tak bukan Proton. Nampaknya saham diorang pun dah naik sekarang nih akibat darikepercayaan pelabur dengan pulangan daripada pengenalan model baru menjelang 11 Januari nih. Proton BLM (Saga) akan dilancarkan dan kedengaran yang telah beribu-ribu orang menempah kereta ini semenjak tempahan dibuka minggu lepas. Base Line Model ini akan menggantikan Proton Saga yang telah berada di atas jalan lebih 20 tahun dulu. Mereka bakal meneruskan Saga proton ini dengan model baru yang lebih efisyen serta ekonomik bagi keluarga yang mencari kereta pertama selain daripada kenderaan ke tempat kerja.
Jumpa lagi di lain post…