1. Faktor Anwar Ibrahim
Pada mulanya, namanya tenggelam dan tidak langsung disebut-sebut di dalam media arus perdana. Hanya yang diperkatakan ialah keadilan adalah parti untuk individu tertentu dan juga pembangkang diperalatkan oleh individu tertentu. Namun, apa yang saya ketahui daripada rakan-rakan saya, ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim mendapat sambutan ramai sehingga mencapai lebih sepuluh ribu dalam sesuatu masa. Kemahirannya berpidato memang tidak dapat dinafikan lagi dan boleh memukau setiap orang yang hadir. Tarikh pilihanraya juga dikatakan ditetapkan agar beliau tidak boleh bertanding. Ini menjadi satu petanda yang beliau digeruni walaupun pihak BN mengatakan beliau sudah tiada tempat di hati rakyat. Dua tiga hari sebelum hari pengundian, nama beliau disebut-sebut di dalam media arus perdana sebagai pengkhianat negara, pertalian dengan barat, penyebab negara hampir bankrap dan banyak lagi. Sememangnya ini adalah nada yang sama semasa beliau dipecat daripada jawapan TPM yang dahulu. Ini telah membangkitkan gelora seperti luka lama berdarah kembali. Para penyokong beliau yang sudah lama duduk diam terasa bahangnya dan kembali geram lalu dinoktahkan dengan undi kepada pembangkang.
Yeah, pilihanraya makin hampir, lagik 3 hari semua rakyat Malaysia yang cukup umur dan telah mendaftar akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Tak kiralah anda penyokong parti kerajaan atau parti pembangkang, yang pasti, undi anda adalah penting untuk meneruskan kesinambungan perjalanan merdeka Malaysia yang telah mencecah 50 tahun.
Kat sini aku nak bagi fakta yang auta mengenai pengundi-pengundi yang berkemungkinan besar akan menyebabkan undu rosak.
1. Perokok Tegar - diorang nih antara perosak undi yang paling hebat. mana taknya, kalau signboard dilarang merokok dalam hospital pun takleh nak bezakan, ni kan pulak lambang parti yang bertanding.
2. Pemandu yang meletak kenderaan di garisan kuning - nih lagik teruk, kalo garisan camtu pun tak nampak, apatah lagik garisan dalam kertas undi.
3. Pemandu yang suka memandu laju - hah, diorang nih kira nak cepat jek, tak peduli dah signboard tu 110kmj ke, 90kmj ke, yag diorang tau diorang yang dulu… tak jadi hal kalau yang nak kena pangkah dicantas jek…
Gambar-gambar yang dapat snap semasa penamaan calon parlimen tambun dan dun manjoi.
Mungkin agak terlambat untuk aku bukak cerita nih,hehe, apa pun aku nak cerita gak. Esok adalah hari penamaan calon. Untuk pilihanraya yang lepas, aku tak berpeluang nak join benda2 camnih, sebab masa tuh aku masih tertakluk dibawah akta AUKU…huhu, setelah lepas bebas kini, aku rasa cam nak join jek bebenda nih. Buat permulaan aku hanya nak survey jek suasana esok hari kat ILP Ipoh. Sambil snap2 apa yang patot dan apa yang tak patot…jgn ada yang ingat aku nih SB plak esok…naya jek…

Kawasan Manjoi, memang kawasan kampung Melayu terbesar di semenanjung, tapi gugusan ini terbahagi kepada beberapa kampung kecil yang diselia di bawah beberapa ketua kampung. Kalau ikotkan bendera yang digantung tanpa permit nih, dah sebulan lepas lagik diorang dah pacak merata-rata.
Apa2 pun, tengok la esok, aku antar berita aksi penamaan calon Parlimen Tambun.
Jeng jeng jeng