Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam Tanah

Masa muda remaja dulu (sekarang muda belia), ayah aku selalu bawak aku adik beradik pegi memancing tilapia di lombong-lombong tinggal di sekitar Tronoh. Masa tu lombong-lombong tinggal ni samada bekas lombong bijih timah, lombong tinggal buatan (kolam ternakan ikan tanpa lesen) atau lombong yang semulajadi. Pegi awal pagi konon tanak kena panas la kan, padahal pepagi ni ikan tido lagi,hahaha. Jarang aku tengok ayah aku pegi pasar beli ikan jenis ni, mungkin sebab cerita yang penternak ikan jenis ni di kalangan kaum cina, so makanan ikan pun macam makanan orang2 cina ni la…. Wallahualam…

Aku pernah gak terpikir, nak jugak bela ikan ni dalam kolam sendiri, sah2 makanan ikan pun jenis yang halal,hehe, tapi tak tau macam mana. Boleh ke guna tanah lombong jek, pakai kolam kanvas ke, tapi kalau ada tanah yang best, kolam tanah yang paling ideal. Menurut saudara Muhammad Zhafran , mudah untuk menternak ikan kalau guna kolam tanah. Ye ke? agaknya la, beliau ada terbitkan ebuku beliau kat sini >> Ternak Tilapia.

Apa yang ada dalam ebuku ni?

1: KENAPA IKAN TILAPIA?
Menceritakan 10 kelebihan-kelebihan dan potensi yang dimiliki oleh Ikan Tilapia yang sesuai diternak di Malaysia.

2: CIRI-CIRI IKAN TILAPIA
Menceritakan tentang ciri-ciri Ikan Tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.

3: KOLAM IKAN TILAPIA
Menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas pembinaan kolam. Serta menerangkan kelebihan-kelebihan setiap jenis kolam ternakan Ikan Tilapia.

4: PINJAMAN
Menceritakan bagaimana untuk mendapatkan pinjaman wang untuk dijadikan modal permulaan perniagaan serta menyenaraikan beberapa agensi-agensi kewangan yang menawarkan pinjaman dan syarat-syarat pinjaman di Malaysia.

5: PENDAFTARAN SYARIKAT
Menerangkan bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan dan bagaimana memilih nama yang sesuai dengan perniagaan.

6: BENIH IKAN TILAPIA
Menceritakan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memilih benih yang betul dan juga cara bagaimana untuk mendapatkan benih Ikan Tilapia yang berdekatan dengan mudah.

7: JENIS-JENIS MAKANAN IKAN
Senarai jenis-jenis makanan ikan serta menceritakan kelebihan-kelebihan dan keburukan beberapa jenis makanan ikan.

8: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan, alatan-alatan yang perlu ada.

9: PENYAKIT IKAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.

10: PEMASARAN
Penerangan tentang langkah-langah untuk memasarkan hasil penternakan ikan anda melalui internet dan jenis-jenis pembeli.

11: PENGALAMAN-PENGALAMAN
Menceritakan tentang pengalaman penternak yang telah menjalankan penternakan ikan tilapia.

12: KESILAPAN-KESILAPAN
Menyenaraikan beberapa kesilapan-kesilapan penternak yang boleh memberikan iktibar dan renungan.

13: RISIKO-RISIKO
Senarai risiko-risiko yang perlu ditanggung oleh penternak.

14: ORGANISASI YANG BERKAITAN
Senarai beberapa organisasi yang berkaitan penternakan ikan.

15: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.

Untuk penerangan yang lebih lengkap, dapatkan panduan  Menternak Tilapia di sini >>www.ternaktilapia.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -->

Masrizal

seorang penulis blog/affiliater/dropshipper/suami/babah yang dikategorikan sebagai househusband. meluangkan masa lapang dengan menelaah mengenai spekulasi serta teori-teori hypnotic yang boleh digunapakai untuk masa hadapan.

View more posts from this author
11 thoughts on “Panduan Menternak Ikan Tilapia Dalam Kolam Tanah
  1. Danny

    Saya sudah menjadi seorang perternak ikan, tetapi saya berminat nak dapatkan rumusan makanan ikan buat sendiri, berapakah harganya anda boleh bagi saya?

     
    Reply
  2. izam bin mustapa

    salam,saya ada membela lebih kurang 500 ekor talipia…baru sabulan yg lalu..dikawasan quarry..masaalah nya sejak akhir nie ikan x nak makan…ngape…

     
    Reply
    1. bro. Bie

      biasa la tu bro…sebab ikan2 tu masih kena kejutan budaya..hahahahaaa….apa2 pun, cuba bagi makan secara seragam,pagi..petang..pagi..petang…jangn lupa, cara nak bagi makan..biar kat satu kawasan yang sama…jangan pindah2…lg satu..kawasan kolam awak tu dalam ke??luas ke??then…benih ikan yang baru lepas tu saiz cemana tu??sebb klu terlalu kecik..bawah 2 cm..then kawasan kolam terlalu besar dan dalam..alamtnya…ikan tu sesat pastu mati sebb tak sempat nak ambik nafas….

       
      Reply
  3. mohd fauzi bin rahmat

    saya ada tapak untuk buat kolam , boleh saya tahu di mana sumber yang mudah bagi saya memulakan projek saya

     
    Reply
  4. eza

    saya eza ingin membuat projek ikan air tawar di tanah sendiri sya masih ragu2 adakah saya bleh lakukannye lg pn tiada sokongan oleh keluarga tpi saya ingin mencuba jga..sya ingin tahu modal yg perlu membuat kolam dan ank bebih ikan..0132618153

     
    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge