Dropship – Kaedah Mudah Berniaga Di Internet

Assalamualaikum…

Ramai yang kini dah buka mata dan telinga untuk mula berniaga di internet. Mula mencari-cari kaedah mudah berniaga di internet. Ada juga yang mengeluh kerana mereka takde modal untuk mendapatkan stok untuk diniagakan di internet. Salah satu konsep perniagaan tanpa modal (tanpa stok) yang semakin mendapat nama kini adalah perniagaan berkonsep Dropshipping.

Apa Itu Dropshipping?

Dropshipping atau perniagaan tanpa stok disimpan sendiri ini adalah cara paling mudah untuk mula berniaga di internet. Konsep ini adalah seperti berikut:

Anda cari pembeli > anda dapat bayaran > anda bayar dropshipper (pemilik produk) > dropshipper hantar produk > untung anda = (harga anda – harga dropshipper)

Anda dapat lihat bagaimana secara asasnya konsep ini. Salah satu kekangan dalam bisnes konsep ini adalah untuk melakukan pemeriksaan stok dengan tuan punya produk. Kadangkala sedang sibuk kita buat promosi, dan apabilakita dah dapat pembeli, produk tersebut tiada dalam stok dropshipper. Ini pasti memberi kita kerugian dalam bentuk masa.

Selain itu juga, kita juga akan mengalami masalah untuk mencari produk yang sesuai. Selalunya kita perlu merujuk kepada ramai pemilik produk untuk mendapatkan item yang kita perlukan, ini juga memberi masalah untuk melakukan susulan jika produk kita terjual.

Kini ada satu sistem yang dibangunkan oleh MuslimNiaga.Com di mana kedai online dropshipping ini menawarkan kepada pembeli pakej Premium tawaran yang amat tidak masuk akal. Sistem kedai dropshipping mereka ini telah dimasukkan dengan lebih daripada 100 produk tersedia untuk dijual!

Ya, anda tidak silap baca, lebih 100 produk tersedia untuk dijual. Stok produk ini dikawal selia oleh MuslimNiaga.Com sendiri maka anda tidak perlu risau jika stok tiada dalam inventori kerana sistem mereka akan terus update pada kedai online milik anda. Produk yang terjual juga akan diuruskan penghantarannya oleh MuslimNiaga.Com.


Produk sedia untuk dihantar

MuslimNiaga.Com juga bakal memberi seminar pemasaran untuk pembeli pakej Premium secara PERCUMA! . Pakar-pakar pemasaran tempatan akan bertindak sebagai coaching kepada peserta seminar nanti. Biasanya seminar sebegini dikenakan bayaran tidak kurang RM500 untuk seseorang menghadirinya. Anda dapat PERCUMA jika anda mendaftarkan kedai online anda denganĀ MuslimNiaga.Com .

Jangan tunggu lagi, dapatkan maklumat lanjut di MuslimNiaga.Com .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -->

Masrizal

seorang penulis blog/affiliater/dropshipper/suami/babah yang dikategorikan sebagai househusband. meluangkan masa lapang dengan menelaah mengenai spekulasi serta teori-teori hypnotic yang boleh digunapakai untuk masa hadapan.

View more posts from this author
3 thoughts on “Dropship – Kaedah Mudah Berniaga Di Internet
  1. Puan Jamilah Hj Mohamed Yunus

    Assalamualaikum semua.

    Sebelum tu, sy minta mf sbb sy ada melihat video yg mengatakan bolih dftar kat premium selama 6
    bulan. Dan ini adalah percuma. Setelah 6 bulan, barulah sy akan teruskan pembayaran dgn MuslimNiaga.
    Ini kerna sy seorg suri rumah yg tiada punca pendapatan. Jadi, sy berharap agar en dapat mempertimbangkan hal kewangan sy. sy berjanji akan usahakan utk memajukan bisnes sy dgn
    MuslimNiaga. Sekian, terima kasih. Dan sy berharap sekali lagi agar persaudaraan antara muslim
    berkekalan.

     
    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge