KBS Cadang Bina Blog Sendiri
// March 27th, 2008 // Apa-Apa Aje, Info, Journey, Pandangan Aku, e-book
Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini. Langkah ini diambil berikutan, pihak kerajaan persekutuan melihat blog mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ini adalah trend remaja dan belia hari ini mendapat dan berkongsi maklumat.
Lihat sahaja, blog belia seperti Datuk Ismail MohdIsmail yang mempunyai pembaca setia. Jadi dengan ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (ayah Dafi AF5) mengambil langkah membina blog sendiri untuk Kementerian sebagai medium mendekatkan diri dengan golongan belia.
Memang blog hari ini tidak lagi boleh dipandang remeh. Tengoklah blog-blog golongan belia seperti NurulIzzah dan Nik Nazmi, ianya telah memainkan peranan yang cukup berkesan sehingga mempengaruhi masyarakat untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.
Nampaknya, dengan komitmen Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan sendiri, diharapkan lebih ramai pemimpin-pemimpin belia, juga mendekati IT dan blog untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang lebih segar, berbanding laman web yang sedia ada (kelihatan lesu dan suram tanpa update).
Dan permintaan ebook mengenai panduan membina laman blog pasti meningkat lepas ni!.
dipetik dari blog NoorizamShah






