Politik, Perpaduan, dan Perniagaan
Entri haku kali nih agak sensitip kot, yela, bila ada kaitan politik dalam sebarang tindakan, waima yang kecil sekalipun, dah tentu jadi bahan bualan. Sila lihat perbualan yang tiada sebarang agenda yang akhirnya berbaur politik…
wakil : Hello
caller : hello…Selamat Pagi,ini rumah encik **** *****, pengerusi KRT Taman ********?
wakil : ya ya, betol, saya saya.
caller : ok encik, saya dari syarikat **********, yang dilantik oleh anak syarikat kerajaan negeri (negeri Pakatan Rakyat) untuk menjalankan program kemasyarakatan mereka. Pihak syarikat kami akan mengadakan kelas komputer secara percuma untuk kawasan KRT encik. Jadi saya nak tahu jika sebelum ni sudah ada pihak-pihak yang memberi kelas komputer secara percuma di kawasan taman encik.
wakil : ooo…belum belum. tapi saya tak boleh buat keputusan sendiri, kena jumpa ajk dulu.
caller: saya faham encik. saya cuma nak tahu bila kami boleh jumpa encik untuk kami beri kertas cadangan dan surat persetujuan kepada encik.
wakil : haha, saya kena bincang dulu ini hal, sebab saya ada ajk jugak, kena mesyuarat dulu, saya tak boleh suka-suka approve, kitorang bawah jabatan perpaduan, kena tanya banyak orang dulu.
caller : saya faham encik, sebab itu kami perlu jumpa encik untuk berikan bahan-bahan yang encik boleh gunakan dalam mesyuarat ajk nanti. boleh kami jumpa encik esok?
wakil : apa-apa hal boleh kontek jabatan perpaduan senang, nanti mereka boleh salur kepada semua ajk taman lain jugak, lagi itu dewan jabatan perpaduan punya, haa, saya tak boleh approve macam tu saja…ok la, terima kasih ha…
caller : sekejap encik, boleh kami jumpa esok? kami nak serahkan kertas cadangan pada encik
wakil : you call dulu, sebab saya pagi selalu keluar jugak, you call dulu la…
caller : ok encik, nanti kami akan telefon encik dahulu ya…terima kasih encik…
wakil : trima kasih trima kasih…
ermm… bila ada pihak yg bersuara dan mengatakan mereka malas nak ambil tau pasal politik, ada satu pihak lagi akan menghentam, ” ni la orang kita, tanak amik tau pasal politik, pasal bangsa/agama, semua malas amik tau, nanti maruah sendiri tergadai”… ada jugak yang ” ala, biar jekla, bukan ganggu hidop family aku pun, buat apa aku amik tau pasal politik…”
aku sendiri pun dah tak paham dengan entri yg aku buat nih…haper sebenarnya yg haku nak bangkitkan nih??? entah la… zaman dah berubah…dunia makin maju…. manusia? pi mai pi mai….tang tu je kot…
This entry was posted on Thursday, September 4th, 2008 at 1:18 pm and is filed under Sampah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.








