Doakan Kesejahteraan Arwah Pak Samad
Makluman Terkini Jam 6.35 petang tadi.
Allah lebih menyayangi beliau. Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.35 petang ini kerana jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang. Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos lalu dan sepanjang tempoh itu terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Al-Fatihah untuk roh arwah, semoga berada di kalangan orang-orang beriman….Al Fatihah…

Mengikut berita terkini, buah pinggang Pak Samad semakin lemah, dan kesihatan beliau semakin merosot. Panjatkan doa pada Illahi agar beliau dapat bertahan ataupun dapat dipermudahkan segala urusan beliau.

KUALA LUMPUR 4 Sept - Keadaan kesihatan Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya kini sangat lemah, kata anaknya, Nuraina.
“Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya, “ katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lepas akibat jangkitan paru-paru.
Keadaan kesihatan beliau menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain. — Bernama
This entry was posted on Thursday, September 4th, 2008 at 3:55 pm and is filed under Info. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.








