Rebranding - Apa Tu?
Ya, rebranding atau penjenamaan semula. Salah satu kaedah pemasaran yang semakin kerap kita jumpa. Ada produk yang dulunya menggunakan botol besar, kini dah bersaiz separuh. Terdapat banyak faktor rebranding yang menyebabkan sesebuah produk itu berevolusi atau perlu dievolusikan. Yang paling ketara ketika ini adalah faktor kos. Ya, kos yang dikeluarkan untuk membuat satu-satu produk amatlah penting kerana ianya bakal menjadi titik tolak harga jualan bagi produk tersebut.
Namun tidak dapat juga kita menolak faktor teknologi dalam kaedah ini. Faktor teknologi yang semakin maju menyebabkan produk yang tidak dilakukan rebranding ini akan ketinggalan. Bayangkan jika produk A masih menggunakan bahan kimia lama dalam produk cucian mereka sedangkan produk B telahpun menukarkan kepada bahan organik dan dari sumber alam yang lebih diminati saat ini. sudah tentu produk A perlu melakukan rebranding agar produk mereka yang bakal menggunakan bahan yang baru lebih dikenali dan tidak dikaitkan dengan produk mereka yang lama.
Atas faktor itu, haku sekarang tengah cuba nak rebranding MasrizalHardy.Com kepada sesuatu yang lebih bernas, lebih berdaya saing (eceh…), walaupun haku tau domain haku ni takde nilai apa pun…hehehe. Aku baru jek beli Masrizal.My, dan setakat nih haku jadikan ia sebagai sebuah domain parking jek, hehe. Sedang memikirkan dengan lebih lanjut perihal rebranding lagik nih. Tak tau nak buat aper lagik…wakakaka….
This entry was posted on Thursday, August 7th, 2008 at 9:02 am and is filed under Apa-Apa Aje. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.









