ermm… tak payah la pikir pasal kenaikan nih…
benda ikot tahun akan naik…mcm mak bapak kite slalu cerita la…
dulu beli nasik lemak 10sen jek dah kenyang… ikut perkembangan semasa,
nasi lemak singgit pun blom tentu cukup lapik perut…
jadi tak perlu la nak wat demo kat jalan-jalan tuh, wat sesak jalan/jam
dan menyusahkan org lain plak… tak pasal2 org yg dlm jem tuh kutuk2
plak korang yg wat demo… lepas tu sure ada yg amik kesempatan
wat kacau…tak kira la ada yg menyamar pastu provoke, yg mmg saje2
amik kesempatan wat kacau, atau apa2 jek… tu sume akan wat pening
orang sekeliling….
cuba la kalau korang wat demo kat depan rumah korang, ajak reramai
demo depan umah korang…agak2 best ke korang rasa…
sudah2 la, ubah cara hidup, (ubah kerajaan kena tunggu lagi 4 tahun),
korang jerit/demo/muntah darah/jahit mulut/cukup kepala takdenya
kerajaan nak dengar cakap korang…its a worldwide problem…
yg ada tanah, rerajin la cucuk tanam… yg takde tanah, rerajin carik
side income, semua atas usaha diri sendiri, agak2 nak cepat kaya, cube
la gali telaga minyak memana..mana tau dapat hasil…
meLAYU kita kerap pikir yg bukan2, pantang yg menyucuk, abis semua
melatah, rentikan la… tak larat isi minyak kereta? beli motor, tak mampu
gak, beli beskal, naik pengankutan awam, alternatif banyak, cuma kita
tanak tengok dari segi baiknya, semua nak pikir senang…..
minyak mahal, org kurang berjalan, alam sekitar akan bersih dari pencemaran CO2
yang semakin teruk sekarang… global warming …
sudah2 la… hadoiyai…
Aku dapat ni dari Virtual Millineum, dan aku translate kat sini kepada bahasa malaysia…
ok, Lihat pada gambar dan sila nyatakan ke arah mana bas ini bergerak ke hadapan? kiri atau kanan…
Budak Jolai ?apa ke jadahnya? ha, tu yang membuat aku gak terkezut bila blog nih menerima kejutan trafik yang tetiba bila aku tengok sume yg datang ke blog ni dengan kata kunci ” budak jolai “. Apa kebenda budak jolai nih? setelah aku sendiri selidik, rupa-rupanya, ia adalah tajuk bagi video yg dirakam oleh seorang Warga emas bersama seorang wanita muda di sebuah negeri di Malaysia. Huhu… aku pun tak tau kenapa tetiba limpahan nih datang ke blog aku. Dah la, tanak cerita lelebih…
Hmm… minggu depan mak mertua aku dah cadang nak wat Aqeqah untuk Alany. Nampaknya kena keluar bajet lebih la plak…hadoiyai… takpe la. Untuk Alany, puteri sulung aku. Memandangkan barang semua dah naik, jadi limit la sket tetamu yang dijemput. sekadar orang surau, jiran terdekat, ngan saudara-mara terdekat. Disebabkan katerer yg aku deal nih dah kenal lama ngan bapak/mak aku, jadi dapat la diskaun. Kalau tak katanya, kenduri sekarang at least satu kepala nak cecah RM9 wooo. huhu…..
So kepada member2 gua yang rase 14/6 nih ada kat ipoh, jemput2 la datang, tak tau alamat, bley koling2. Cau Cincau…
Sekali pandang , peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas.. Tetapi , bila difikir secara sepintas lalu , ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan , dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna.
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan ‘Celcom 100 Hari 100 Kereta’ bermula hari ini.i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan.BERITA HARIAN 02 JUN 2008 , ISNIN
Akhirnya konpom. Minyak naik harga. RM2.70 untuk seliter. Hadeh, penat gini weh. Memasing Q kat stesen minyak(aku dah reload tghari tadi dah….sbb dah tercium awal…). Erm, sebenaunya takde banyak save pun kalo isi malam nih. Wat abis minyak jek beratur. Notes: minyak lagi cepatabis masa idle sambil bukak ekon…hehe…
BERITA TERKINI!!!
Gajah-Gajah di seluruh Malaysia termasuk gajah liar telah menjadi
jinak dengan tiba-tiba akibat tidak mampu untuk menampung kos
NAIK MINYAK!