Apa ke Jadahnya Semua Ni?
Semalam kat Harian Metro front page, hari ni plak kat dalam Kosmo, apa ke jadahnya dah jadi ni? nak tau apa yg aku mengarut nih? tengok kat SINI ngan kat SINI. Hadeh, kalau malas nak klik, meh sini aku petik skit…
Dari Kosmo hari ni (29 Mei) edited…
Lebur angkara ‘Master’

NOR menunjukkan laporan polis dan risalah yang menyebabkan dia tertipu RM6,000 dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Harapan untuk mendapat pulangan wang kira-kira RM800,000 berkecai apabila sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM6,000 setelah terpedaya dengan janji seseorang yang mendakwa sebagai ‘Master’.
Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 36, yang bertugas sebagai setiausaha sebuah syarikat swasta berkata, beliau dan suaminya pada awalnya mendapati ada sehelai risalah di dalam peti surat mereka yang tertera gambar ‘Master’ berkenaan.
Untuk meyakinkannya, ‘Master’ tersebut telah menghantar sebanyak lima set nombor ekor yang kononnya telah dibeli terlebih dahulu kepada Nor.”‘Master’ kemudiannya meminta saya memeriksa nombor berkenaan dan dengan tidak membuang masa, saya meminta suami (pesara tentera) untuk memeriksa nombor berkenaan di mana-mana kedai nombor ekor.
“Masa dia bagi SMS tu kira-kira pukul 5 petang dan suami saya pun ajak kawan-kawan dia pergi periksa untuk tengok sama ada apa yang diberitahu oleh ‘Master’ betul ke tidak.
“Kira-kira pukul 7 petang, keputusan nombor itu dipaparkan dan empat daripada nombor yang diberi kepada kami menang dan lebih menarik, satu daripadanya memenangi hadiah kedua yang berjumlah RM800,000,” katanya lagi.
Teruja dengan apa yang dilihat, pasangan tersebut kemudiannya diarahkan untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh ‘Master’ sebagai upah alatan sembahyang dan wang yang kononnya dipinjam daripada tokong untuk mendapatkan kelima-lima tiket itu.
Bagaimanapun hingga ke hari ini, tiket tersebut masih belum diperoleh dan apabila mereka menghubungi ‘Master’ itu, pelbagai alasan yang tidak masuk akal diberikan.
“Langkah akhir, kami pun buat laporan polis pada 10 Mei lalu kerana mengesyaki telah ditipu,” katanya dalam nada kesal.
Dari Harian Metro semalam (28 Mei) edited…
Jaja tiket hantu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
AMPANG: Seorang suri rumah tidak menyangka deraian air mata dan tangisan seorang wanita bertudung yang mendakwa amat memerlukan wang untuk membayar kos perubatan kakaknya di hospital hanya sandiwara licik bagi melarikan barang kemasnya selepas menjaja sekeping tiket empat nombor ekor sebagai cagaran.Suspek berusia 20-an berpura-pura menawarkan tiket pertaruhan empat nombor ekor yang memenangi hadiah pertama bernilai RM100,000 jika mangsa sudi meminjamkan gelang emas dan wang tunai bagi menjelaskan kos rawatan berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lin, 35, berkata dia tidak menyangka menjadi mangsa penipuan wanita terbabit yang turut berpakat dengan seorang lagi wanita bertudung di sebuah pusat beli-belah di Taman Muda Ampang di sini.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dia ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli hadiah dipesan anaknya untuk diberi kepada cikgu sempena sambutan Hari Guru.
?Ketika berjalan dalam pusat beli-belah itu, seorang wanita menghampiri saya sebelum memberitahu dia mempunyai sekeping tiket nombor ekor yang memenangi hadiah utama bernilai melebihi RM100,000.
?Bagaimanapun, wanita terbabit memberitahu dia tidak mempunyai MyKad sekali gus menyukarkannya menuntut hadiah itu,? katanya.
Lin berkata, penipu terbabit kemudian meminta bantuan untuk menuntut hadiah berkenaan dan beberapa kali merayu walaupun dia cuba menolak permintaan itu kerana tidak tahu apa-apa mengenai pertaruhan empat nombor ekor.
?Pada masa sama muncul seorang lagi wanita memakai tudung berusia sekitar 30-an yang berpura-pura mahu membantu penipu terbabit.
?Saya yang mahu beredar dari situ, ditarik wanita berpakaian seperti kakitangan pejabat itu yang mengajak saya sama-sama membantu perempuan terbabit,? katanya.
Lin berkata, wanita kedua itu berjanji akan memberikan komisen RM1,000 kepadanya jika bersetuju mengikut mereka ke premis menjual nombor ramalan berhampiran.
?Ketika berjalan beriringan keluar dari pusat beli-belah itu, wanita kedua terbabit sempat membeli senaskhah akhbar dari kedai berhampiran sebelum menyelak ruangan keputusan nombor ekor.
?Dia menunjukkan persamaan nombor ramalan pada tiket dimiliki wanita itu dengan keputusan cabutan yang terpampang keputusan cabutan bagi meyakinkan saya dakwaan hadiah wang tunai itu benar,? katanya.
Menurutnya, dia kemudian diajak kedua-dua wanita terbabit menaiki Proton Iswara berwarna coklat kononnya untuk ke kedai menjual nombor ekor berhampiran.
?Ketika berada dalam kereta, wanita pertama itu menangis teresak-esak sambil memberitahu kakaknya kini terlantar sakit di hospital dan memerlukan wang bagi membayar kos rawatan.
?Dia menangis sambil merayu supaya saya dan seorang lagi wanita meminjamkannya wang bagi membolehkan kakaknya menjalani pembedahan segera,? katanya.
Lin berkata, wanita yang memandu kereta itu kemudian berpura-pura simpati dan menyerahkan wang tunai RM1,000 dan gelang tangan emas kepada gadis terbabit.
?Pada masa sama wanita itu memujuk saya turut sama membantu perempuan terbabit yang didakwa amat memerlukan bantuan. Wanita itu mendesak saya dengan kata-kata simpati manakala perempuan terbabit tidak berhenti-henti menangis tersedu-sedu sehingga menyebabkan saya serba salah.
?Mungkin akibat didesak berulang kali, saya bersetuju menyerahkan gelang emas dipakai berharga hampir RM1,000 kepada perempuan terbabit. Namun, perempuan itu mendakwa jumlah wang dan barang kemas diperoleh belum mencukupi dan meminta saya menyerahkan pula wang dibawa,? katanya.
Menurutnya, dia bersetuju menyerahkan wang simpanannya RM500 dan meminta wanita terbabit membawanya ke mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Muda.
?Sebaik tiba di hadapan bank berkenaan, perempuan terbabit menemani saya masuk ke bank sebelum wang pemberian suami saya itu diserahkan kepadanya.
?Pada masa sama, wanita yang berada dalam kereta itu memberikan tiket cabutan empat nombor ekor itu kepada saya dengan mengatakan ia sebagai cagaran hutang diberikan itu,? katanya.
Menurutnya, wanita itu mendakwa hadiah wang tunai yang bakal diterima melalui tiket empat nombor ekor itu ratusan kali ganda lebih menguntungkan daripada wang RM500 dan gelang emas yang diberikan kepada gadis terbabit.
?Saya yang percayakan pujukan wanita itu kemudian pulang ke rumah dengan membawa tiket cabutan empat nombor ekor berkenaan. Saya hanya menyedari ditipu apabila suami memberitahu apa yang berlaku ke atas saya adalah penipuan licik dua wanita yang pernah dilaporkan polis menerusi media sebelum ini.
?Malah, tiket cabutan nombor empat ekor terbabit palsu dan diubah suai untuk menipu saya,? katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Adeh, dah sah2 2 2 kes nih melibatkan orang melayu. Kalau aku ler (dijauhkan), malu giler nak buat report kena tipu, buduh bangang nak kaya cara mudah. mengong punya melayu… buduh buduh buduh…. insaf la wei, bukan senang nak senang. Tapi org lain yang senang sebab korang buduh…..
This entry was posted on Thursday, May 29th, 2008 at 10:45 am and is filed under Apa-Apa Aje, Journey, Pandangan Aku. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.








