Sedikit sumbangan daripada anda, dan sedikit hadiah daripada saya

Assalamualaikum,

huhu, berdebar-debar jugak rasanya bila nak jumpa doktor minggu lepas. Sebabnya last scanning yang buat sebulan sebelum tu masih tak nampak samada baby girl or boy. Jadi last week adalah saat yang ditunggu-tunggu untuk kepastian. Aku ambik cuti sehari sebab pada paginya aku bawak wife buat scanning kat private klinik, and belah petang kena buat check up kat klinik kerajaan plak.

babygirl.jpg

Pukul 830 pagi kitorang sampai kat private clinic tu. Orang tak ramai pun. Yang dah sampai pun datang untuk treatment sakit biasa. So dapat panggilan masuk jumpa doktor tak samai 10 minit menunggu. Sebaik duduk dan tanya perkembangan ibu baby, doktor suruh baring. Ketumbuhan fibroid isteri aku semakin besar hingga mencecah 10 cm dah. Kemudian doktor mencari-cari kawasan celah kangkang baby aku. Doktor kemudian menyatakan terdapat ‘burger sign’ pada paparan scanning yang dilakukan. Isteri aku ketika itu masih blur apa yg dimaksudkan oleh doktor. Tapi aku dah dapat tangkap dah yang maksudnya aku akan dapat baby girl!!!… hehe, Alhamdulillah. Aku akui walaupun aku mengharapkan anak lelaki sebagai anak sulungku, namun saat aku sendiri melihat paparan scanning tu, aku dah tak kisah samada ianya lelaki atau perempuan, kerana itu tetap baby aku.

Fibroid yang dikesan sejak kandungan berumur 3 bulan disahkan doktor semakin membesar, dan sedikit mengganggu pembesaran baby kami. Walaubagaimanapun doktor mengesahkan baby tu sihat. Due date yang doktor beri pada kami dalam minggu kedua bulan Mei nanti. Apa-apa pun, doktor kata bila kandungan dah masuk 7 bulan, bila-bila masa jek kalau dia nak keluar, tetap keluar jugak. So segala persiapan baby kitorang dah start beli 2 bulan lepas. Sikit-sikit beli memandangkan kitorang bukanlah berduit sangat. Banyak lagik hutang2 kena bayar gak. Dah tu plak doktor kata bila ada fibroid ni, 70 ke 80 percent yang mengandung perlu melakukan Caesarian…(btol ke aku eja?)iaitu kelahiran melalui pembedahan. Melainkan kalau baby tu kuat dan dah pandai ‘kicking her way out of the womb’, hehe.

So aku nak mintak jasa baik daripada korang yang membaca nih dapatlah kiranya memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban sekiranya perlu melalui pembedahan. Sumbangan melalui paypal boleh dilakukan dengan klik pada ChipIn di bahagian kanan blog ni. Ataupun korang boleh mendapatkan Panduan Asas Cpanel dari A to Z dengan klik pada imej sebelah atau klik SINI. Terima kasih aku ucapkan.

Ps:
emailkan pada aku maklumat korang jika korang bagi sumbangan lebih USD5, sebab aku ada hadiah untuk korang. Oh ya, korang akan dapat hadiah tu jugak kalau korang membeli ebook Panduan Asas CPanel.

This entry was posted on Sunday, February 10th, 2008 at 7:28 pm and is filed under Apa-Apa Aje, Sembang. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sedikit sumbangan daripada anda, dan sedikit hadiah daripada saya”

titan March 2nd, 2008 at 9:11 pm

Tahniah sebab bakal jadi ayah. Ehm, aku harap takdelah sampai kene wat pembedahan tu..

Rizal March 4th, 2008 at 6:01 pm

Terim kasih, doa la sesama tayah operate…amin

aku March 6th, 2008 at 1:03 pm

Tahniah dan semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

aku March 6th, 2008 at 1:05 pm

err..

“My unBorn Baby Girl” macam tak kena jek..

pekata ubah “My Yet-to-Born Baby Girl”

Rizal March 7th, 2008 at 12:01 pm

orait…dah tukor…hehe, thanks for the donation, moga diberkati Illahi. mmg terasa lain macam…tapi tak brape reti nak susun ayatnye….

lagi sekali..terima kasih…

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 193 access attempts in the last 7 days.