Referee Yang Bodoh

Haha, kita bersua lagik. Kali nih aku nak sembang pasal bola. Aku adalah seorang peminat bolasepak tempatan yang kini menyokong pasukan negeri aku sendiri iaitu Perak Darul Ridzuan. Ahad lepas adalah hari dimana aku telah mengorbankan sebanyak RM10 untuk membayar duit tiket masuk ke stadium. Konon bajet nak tengok camne import baru dari chile yang diperkatakan tu main bola. Takde la baguih sangat, maybe sebab baru lagik, takde lagik understanding yang jitu dan juga penyudah yang agak tumpul. Huhu… yg paling aku hangin sekali sebab game tuh telah dihuru harakan oleh pengadilan yang amat tidak bermutu. 10 kad kuning dalam 1 game…huh… bangang giler, sampai referee tu pun naik bangang. Mana taknye, boleh plak dia tesilap bagi kad merah pada player yg baru dapat 1 kad kuning, padahal dia gak yg catit. Bengong…

Ntah la, kemajuan bolasepak malaysia nih aku rase tak kemana kalau tahap pengadilan yang budus tahap gaban camtuh. Aku bley terima kekalahan kalau ianya terhasil dari keputusan yang adil dan jitu…ni tidak, nak tiup wisel ikut angin semput dia jek… hampeh…

Lagik satu pasal bola sepak malaysia nih, banyak sangat pelakon terbaik. Sampai tak tau yg mana leh bagi anugerah. Come on la, be professional, takkan la cuit bahu sikit dah guling2 macam nak tecabot tulangnya. Haprak sungguh. Namun aku tetap bengang giler ngan referee hari tuh….buduh hancus budus…

Berita NST Online… Klik Sini

This entry was posted on Wednesday, December 26th, 2007 at 1:40 pm and is filed under Apa-Apa Aje. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Bad Behavior has blocked 106 access attempts in the last 7 days.