KPerak Komuniti Bridz???Apa ke mendenye
Nak gitau la kat korang, KPerak Komuniti Bridz nih adalah salah satu usaha kerajaan Negeri Perak memperkasakan masyarakat luar bandar dengan pengetahuan ICT. Jgn ingat org bandar jek merasa ngan pandai guna komputer. Program ini berjalan dibawah usaha KPerak INC Corporation dengan konsep Merapatkan Jurang Kemiskinan Digital Negeri Perak. Bertepatan dengan sasaran kerajaan negeri iaitu menjelang 2010, KPerak 2010 mensasarkan menjelang tahun 2010, rakyat Perak mampu meningkatkan ekonomi mereka secara K-ekonomi dan juga K-society ( masyarakat berpengetahuan).
Inilah yang aku lakukan semenjak aku berhenti dari menjadi System Admin di sebuah kilang di Ipoh. Sepanjang minggu, kitorang akan bertemu samada dengan JKKK, tok ketua, ajk masjid dan sebagainya bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak kampung untuk menjalankan program amal sebegini. Macam mane la tak amal, kitorang ajar komputer kepada orang kampung secara percuma jek. Ramai yang mengaitkan program yang kami jalankan ini berteraskan politik semata-mata. Apa daaa, org nak bagi pandai pun salah ker? macam mana mentaliti yang sebegini mampu bersaing dengan dunia luar yang semakin kecil dek kerana kemajuan ICT tadi?
Jangan la pihak2 ni cuba untuk menangguk di ayo keroh, sebab benda ni adalah usaha rakyat Perak - kepada rakyat Perak. Jangan la terlalu taksub dengan sesuatu, menyebabkan org lain dipandang sama perangai dengan diri sendiri.
Korang bley cek kat blog kompeni aku, http://terajudidik.com.my/blog. Konsep yang kitorang terapkan, belajar sambil bergembira. kalau korang berminat dengan apa yg aku buat… korang boleh daftar kat http://www.infomediaries.warisanglobal.com untuk panggilan terbaru. Pastikan korang dok kat Perak walaupun korang bukan org Perak.
This entry was posted on Thursday, November 29th, 2007 at 8:44 am and is filed under Apa-Apa Aje. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.








